Assalamualaikum, sebagaimana jemaah sedia maklum pandemic covid-19 telah berjalan hampir 11 bulan dan surau tidak dapat beroperasi seperti biasa mengikut arahan dari pihak berkuasa.
Kewangan Surau juga turut terjejas kerana kutipan derma sangat berkurangan seiring dengan terbatasnya program.
Hampir keseluruhan perbelanjaan pengurusan surau menggunakan derma dari solat Jumaat dan juga tabung² yang di sediakan di dalam surau.
Pandemic covid-19 makin meningkat dan kita tidak pasti bila surau akan dibenarkan beroperasi seperti biasa. InsyaAllah Kewangan Surau boleh bertahan untuk sehingga bulan Mac 2021 berdasarkan unjuran yang disediakan.
Pihak Surau dengan ini memohon bantuan infaq dari jemaah untuk memastikan perjalanan operasi surau berjalan lancar terutama dalam persiapan menyambut Ramadan tahun ini.
Infaq boleh dibuat terus ke akaun *Surau Al-Falah, Affin Islamic Bank Berhad, Akaun No 106790000502*
Sumbangan infaq para jemaah adalah sangat dihargai dan semoga diterima sebagai bekalan ke Akhirat.
Jazakumullah
Pengurusan Surau Al-Falah